Vending Machine Perkahwinan Menyelesaikan Masalah Yang Sering Melanda Pengantin

Walaupun ia sepatutnya menjadi hari paling bahagia dalam hidup anda, pada hakikatnya, majlis perkahwinan boleh menjadi urusan yang agak tertekan.

Dengan banyak butiran untuk dipertimbangkan semasa merancang hari sempurna anda, mudah untuk melupakan terperinci yang tidak penting seperti cincin atau gaun pengantin anda.

Rantaian hotel bajet Premier Inn telah menghasilkan penyelesaian genius untuk sebarang kecacatan perkahwinan yang timbul pada hari bahagia anda – “Vending Machine Perkahwinan.”

Direka untuk menawarkan penyelesaian kepada sepuluh masalah perkahwinan yang paling biasa, vending machine ini boleh menjimatkan hari anda apabila cincin tidak fit dengan jari anda atau tetamu telah tertumpahkan sesuatu pada pakaian pengantin.

Untuk menentukan barang apa yang harus diletakkan dalam mesin layan diri, Premier Inn meminta kakitangan mereka untuk recall balik apa yang paling diperlukan oleh tetamu majlis perkahwinan sepanjang mereka menginap di hotel.

Walaupun beberapa permintaan terakhir tidak dapat dipenuhi, seperti tempat untuk menyembunyikan kuda dan kereta, penyelesaian lain terbukti menyelamatkan majlis perkahwinan yang diadakan di hotel tersebut.

Di dalam mesin layan diri terdapat cincin perkahwinan resizeable, berguna untuk pengantin perempuan atau pengantin lelaki yang tersalah membeli saiz cincin untuk pasangan sebelum hari perkahwinan mereka , serta on-call cikgu tari, dan hadiah perkahwinan, kad dan pena untuk tetamu.

Atau, jika ada orang terlupa menulis ucapannya, mesin ini dapat menawarkan penyelesaian dengan cepat – dengan kad fill-in-the-blanks dapat membantu membuat ucapan yang menyentuh emosi.

Mesin yang direka untuk menjanjikan perkahwinan sempurna di hotel Premier Inn, akan diumumkan di Premier Inn London County Hall, salah satu destinasi majlis perkahwinan yang paling popular.

Sekiranya mereka terbukti berjaya menyelamatkan majlis perkahwinan dari “bencana”, hotel ini merancang untuk menyediakan vending machine perkahwinan di lokasi lain.

Faizan Kazi, jurucakap Premier Inn London County Hall berkata: “Setiap tahun beribu-ribu tetamu perkahwinan di seluruh UK tinggal bersama kami. Pasukan Premier Inn kami mendengar beberapa permintaan yang benar-benar menarik dan kami sentiasa melakukan apa sahaja untuk memastikan tetamu bersedia di hari penting mereka. Kami tahu betapa mudahnya melupakan sesuatu yang penting atau mengalami kecelakaan pada saat-saat terakhir majlis.

Sumber: https://www.independent.co.uk

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*