McDonald’s Sedia Vending Machine : Tak Perlu Beratur Panjang Lagi!

BERATUR panjang untuk memesan makanan mampu memberi tekanan kepada diri terutama ketika perut sedang lapar.

Bukan itu sahaja, malah bagi sesetengah orang perut kosong boleh membawa kepada emosi yang tidak stabil.

Namun, jangan risau. Kini, restoran makanan segera McDonald’s telah menyediakan sesuatu yang sangat istimewa untuk anda.

Setelah sistem itu berjaya di luar negara, McDonald’s mula memperkenalkan mesin layan diri di beberapa premisnya di Malaysia pula!

Perlaksanaan mesin tersebut mula masuk ke dalam radar orang ramai setelah dimuat naik di laman sosial oleh beberapa orang netizen yang berkongsi pengalaman sendiri menggunakan mesin tersebut untuk menempah makanan kegemaran mereka.

Dalam kurang daripada lima minit, anda boleh memilih makanan dan membuat pembayaran melalui mesin tersebut sama ada menggunakan kad debit ataupun kad kredit.

Melalui mesin tersebut juga, anda oleh memesan makanan sama ada daripada kategori ala carte ataupun set.

Sekiranya mahu membuat penambahan dalam order yang dipesan, anda boleh berbuat demikian melalui mesin mesra pelanggan ini juga.

Berdasarkan tinjauan, mesin layan diri tersebut kini boleh didapati di francais sekitar Lembah Klang, Jalan Telawi, Bangsar dan di Bukit Bintang.

Dengan wujudnya mesin ini, nampaknya McDonald’s dapat meminimumkan tenaga buruh dan meningkatkan produktiviti pekerja sedia ada. Bijak, bijak!

Sumber: https://www.mynewshub.cc

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*