Jualan bir guna mesin layan diri di 7-Eleven dihentikan

BANGKOK – Syarikat CP All bersetuju menghentikan penjualan bir melalui mesin layan diri di kedai serbaneka 7-Eleven berikutan bantahan penunjuk perasaan anti-alkohol.

Syarikat itu berkata, ia telah membatalkan penjualan arak itu kerana kebimbangan yang dibangkitkan oleh masyarakat.

Pembatalan itu dibuat selepas wakil Stop Drink Network and The Youth Network Against New Drinkers pada Jumaat lalu membuat pertemuan dengan eksekutif CP All, untuk menyerahkan surat bantahan terhadap penggunaan mesin itu.

Penyokong anti-alkohol, juga mengemukakan bantahan itu kepada eksekutif Central Family Mart Co untuk mengkaji penjualan bir mereka di kedai-kedai Family Mart.

Mereka mendakwa jualan itu akan meningkatkan akses belia kepada alkohol dan menyebabkan lebih banyak kematian dan kecederaan akibat arak.

Pengarah Pejabat Kawalan Penyakit Minuman Alkohol, Dr Nipon Chinanonwait berkata, sub-panel yang diketuai oleh Dr Vitoon Eungprabhanth akan mempertimbangkan sama ada jualan bir adalah salah satu pelanggaran Akta Kawalan Alkohol 2008. – Agensi

Ini langkah bijak untuk mengelakkan situasi bertambah buruk memandangkan penjualan bir melalui mesin layan diri tidak boleh dikawal dan pembeli dibawah umur juga bebas membeli tanpa kawalan.

Sumber: https://www.ismaweb.net

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*