Barang Yang Boleh Anda Beli Dari Vending Machine Jepun

Jepun mempunyai berjuta vending machine (jidohanbaiki ~ 自動 販 売 機) . Terdapat lebih daripada 5.6 juta mesin layan diri di negara ini. Sebahagian besarnya menyediakan minuman panas dan sejuk seperti teh tanpa gula, minuman ringan, kopi dan minuman untuk tenaga.
Beberapa barangan yang menarik juga boleh dibeli dari mesin layan diri Jepun ini.

1. Beras
Mesin layan diri untuk beras biasanya lebih besar daripada mesin layan diri yang biasa. Selalunya jika anda membeli beras daripada mesin ini, anda perlu membayar lagi secara berasingan untuk mendapatkan proses menggilap untuk menggilapkan beras daripada mesin ini kerana anda hanya dibekalkan dengan beras kasar yang belum diproses.

2. Sake
Banyak daripada mesin layan diri tertua di negara Jepun ini menyediakan sake. Mesin ini juga mempunyai susu strawberi.

3. Payung
Di Jepun, ia adalah memalukan untuk terperangkap di dalam hujan tanpa payung.

4. Sup jagung
Sup jagung di dalam tin biasanya boleh didapati di dalam mesin minuman layan diri di Jepun.

5. Bateri
Kebanyakkan daripada mesin layan diri untuk bateri di Jepun ini kelihatan agak usang. Ini kerana kebanyakkan barangan elektronik pada masa kini ini mempunyai bateri dalaman yang boleh dicas semula dan penggunaan bateri semakin berkurangan.

6. Tenaga elektrik
Pengecas peranti mudah alih ini memberikan anda satu ruang kecil di mana telefon anda boleh dicaj. Ia mempunyai pelbagai jenis adapter.

7. Cawan
Mesin layan diri ini hanya menjual cawan (iaitu untuk 10 yen). Mesin ini biasanya ditemui di pejabat di mana pekerja diminta untuk membawa cawan mereka sendiri untuk mengurangkan pembaziran.

8. Sayur-sayuran
Mesin layan diri untuk sayur-sayuran seringkali dikendalikan oleh petani tempatan. Ianya seumpama pasar tani automatik. Sayur-sayuran di dalam mesin ini adalah sangat bekualiti tinggi.

9. Makanan panas
Pada mulanya mesin layan diri ini hanya di sediakan untuk memanaskan makanan yang telah sejuk atau beku. Ianya telah wujud selama 30 tahun di Jepun. Tetapi kini mesin layan diri ini telah menyediakan pelbagai jenis makanan panas yang enak dan boleh di beli dari mesin ini. Mesin seperti ini seringkali di jumpai di kawasan rehat di lebuh raya.

10. Ramen cawan segera
Ini merupakan snek kegemaran semua orang. Biasanya ia terletak berhampiran sumber air panas.

Sumber: http://www.melancongkejepun.com

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*