5 Sebab Lambakan Vending Machine Di Negara Jepun

Vending machine atau mesin layan diri membolehkan pelanggan membeli produk tanpa perlu beratur panjang. Pelanggan dengan senang mendeposit jumlah ke dalam vending machine dan memilih produk pilihan mereka.

Dianggarkan kira-kira 3.8 juta vending machine atau mesin layan diri beroperasi di Jepun. Vending machine menjadi popular di Jepun dan menguasai pasaran perniagaan di sana selama 50 tahun.

980,000 vending machine ini dimiliki oleh syarikat gergasi Coco-Cola yang menjadikannya pemasar terbesar di Jepun.

Menurut Persatuan Pengilang Mesin Layan Diri Jepun, dianggarkan terdapat  1 mesin layan diri bagi 23 orang di Jepun dan jualan tahunan pula lebih kurang $60 bilion.

#1-Kos Buruh Semakin Mahal

Akibat peningkatan kos buruh, Jepun menggunakan mesin layan diri sebagai alternatif untuk mengurangkan keperluan pekerja seperti juruwang.

Seorang profesor ekonomi dari Universiti of Connecticut  profesor ekonomi dari University of Connecticut  mendapati kadar kelahiran di Jepun semakin susut. Selain itu populasi penduduk yang semakin lanjut usia dan kurangnya kemasukan warga asing telah menyebabkan tenaga buruh mahal dan sukar didapati.

Menurutnya, antara sekarang hingga 2020, negara itu berdepan ‘keadaan kritikal’ kerana tidak cukup bayi dilahirkan, seterusnya mampu memberi kesan negatif terhadap masyarakat dan ekonomi.

#2- Masyarakat Berasaskan Tunai

Malaysia patut mencotohi negara matahari terbit ini kerana rakyatnya tidak ghairah menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian.

Masyarakat Jepun sangat suka menggunakan tunai dalam apa jua urusan yang melibatkan pembelian. Mereka bukan sahaja sentiasa membawa wang kertas, malah membawa wang syiling untuk tukaran yang lebih kecil.

Tidak kira peringkat usia, golongan tua atau muda, miskin atau kaya, penggunaan mesin layan diri yang berasaskan tunai ini amat digemari penduduk di sini. Ini memudahkan urusan jual beli apabila menggunakan duit syiling atau wang kertas.

#3-Masyarakat Suka Pada Teknologi

Bercerita tentang warga Jepun atau orang Jepun, tentu umum mengetahui bahawa kebanyakan mereka cukup obses dengan teknologi dan robotik.  Kerana itu orang Jepun berjaya mempelopori dunia dengan vending machine atau mesin layan diri ini.

Mesin layan diri di Jepun juga mempunyai pelbagai bentuk dan automasi. Orang jepun amat menitikberatkan soal kebersihan dan teknologi ini membantu masyarakat jepun dalam pengurusan kehidupan seharian. Kehidupan mereka lebih teratur dan berdisplin.

#4- Kepadatan Penduduk Dan Harga Hartanah Yang Melambung

Dengan penduduk 127 juta orang, Jepun merupakan salah satu negara dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan 93% daripadanya tinggal di bandar.

Akibat harga tanah yang melambung tinggi kebanyakan penduduk Jepun lebih selesa menyewa rumah kecil hanya untuk mereka menumpang teduh dari hujan dan panas.

Rentetan kepadatan ini, rumah kecil yang disewa ini tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan makanan dan alatan memasak yang lain menyebabkan vending machine menjadi pilihan utama dalam mendapatkan makanan keperluan dan barang-barang lain kena lambakan dan kemudahan mesra pelanggan yang menjadi ciri-ciri penting mesin layan diri ini.

#5- Kadar Jenayah Rendah

Tidak dinafikan negara matahari terbit ini amat kaya dengan keindahan budaya. Sejak perang dunia kedua berakhir, Jepun berjaya mengekalkan keamanan ekoran kadar jenayah yang stabil kesan dari penegasan kuasa keselamatan dalaman.

Konflik dalaman yang terkawal menjurus kepada kemajuan ekonomi sehingga menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia.

Terkenal dengan kadar jenayah homisid yang sangat rendah maka, tak hairanlah mesin layan diri ini ditempatkan di lorong-lorong gelap, tersorok dan sunyi, jarang sekali berlaku kes kecurian atau vandalism.

Syarikat-syarikat pengeluar tidak berasa bimbang meninggalkan mesin layan diri ini kerana fungsinya tidak akan diganggu gugat oleh anasir-anasir jahat.

Sumber: http://www.majalahniaga.com

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*