10 Strategi Rahsia Kejayaan Perniagaan Vending Machine Yang Perlu Anda Tahu

Perniagaan ini juga memerlukan Strategi yang betul.Terdapat pelbagai Strategi yang boleh diguna pakai dalam perniagaan ini. Perlu anda tahu bahawa keuntungan bagi perniagaan ini adalah bergantung kepada lokasi vending machine yang ditempatkan oleh anda. Jadi, lokasi adalah segalanya dalam perniagaan vending machine.

  1. Pilih tempat yang mempunyai lokasi yang waktu beroperasi panjang sekurangnya 12 jam ke atas dan sebaiknya 24 jam kerana lebih panjang waktu beroperasi untuk vending machine anda ,lebih ramai orang akan guna kerusi anda dan lebih tinggi keuntungan anda berbanding lokasi yang beroperasi kurang daripada 12 jam
  2. Tempat atau kawasan orang yang menunggu. Contohnya hentian bas,kaunter2 menunggu,carwash dan dobi layan diri
  3. Tempat yang bersih dan selesa supaya kerusi urut anda tidak mudah kotor dan sekaligus pelanggan berasa selesa untuk menggunakan vending machine anda
  4. Letak kadar sewa bulanan yang  rendah sekitar RM 100 ringgit kebawah yang dibayar kepada pemilik premis. Ini adalah penting bagi memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kadar kos operasi.
  5. Jika anda ragu-ragu sama ada tempat yang anda ingin tempatkan kerusi urut anda itu boleh mendatangkan keuntungan atau sebaliknya, anda disyorkan untuk membuat profit sharing dengan owner.Ini bagi mengelakkan risiko sekiranya keuntungan bulan tidak mampu untuk membayar sewa bulan.Dengan profit Sharing,Jika anda untung ,onwer premis pun akan untung dan kalau anda rugi ,onwer tempat pun akan rugi. Contohnya anda letak sebuah vending machine di tempat A dan anda membuat perjanjian dengan onwer bahawa keuntungan setiap bulan akan diberikan sebanyak 80% kepada anda dan 20% kepada owner kawasan. Sebaik-baiknya letakkan profit sharing yang peratusannya melebihi 80 % untuk anda sebagai pemilik vending machine. Jadi, Profit sharing ini adalah pilihan yang terbaik jika anda ragu2 akan tempat yang anda ingin tempatkan kerusi urut anda.
  6. Tempatkan vending machine anda dikawasan yang bertutup, ini bagi mengelakkan sebarang aktiviti vandislime daripada berlaku.
  7. Kawasan yang berhawa dingin. Ini adalah bagi vending machine yang bersifat indoor seperti kerusi urut layan diri dan beberapa vending machine yang lain. Kawasan yang berhawa dingin akan memberi lebih keselesaan kepada pelanggan potensi pelanggan untuk mengunakan vending machine anda lebih lama adalah tinggi.
  8. Rekodkan setiap hasil kutipan setiap minggu atau sebulan bagi mengetahui kadar keuntungan untuk sesuatu vending machine anda.
  9. Pasti keruntungan vending machine anda sekurang-kurangnya 2 kali dari kos pembayaran sewa setiap bulan. Katakan keuntungan setiap bulan RM 300 sewa sebulan rm 100. So keuntungan sebulan RM 300 bermakna  2 kali ganda daripada bayaran sewaan bulanan.
  10. Jika vending machine yang ditempatkan  kurang mendapat sambutan dan membawa kerugian kepada anda. Anda perlu mencari tempat yang baru untuk vending machine anda. Ini amatlah penting bagi mengelak kerugian yang terterus berlaku kepada perniagann vending machine anda .

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit pencerahan bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan vending machine.

Jika anda ingin memulakan perniagaan mesin layan diri dan ingin mengetahui cara memulakannya sila layari www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut

2 Comments

  1. Salam.. sy berminat utk menceburi bidang vending machine ni.. ade beberapa persoalan yg timbul.
    1. Perlu ke menubuhkan nama syarikat?
    2. Bagaimana cara utk meletakkan vending machine di asrama sekolah?
    3. Warranty vending machine tu brape lame?

    • Wassalam En.faizal
      1. Untuk memulakan perniagaan vending machine tuan tidak perlu menubuhkan syarikat..tapi klau ade lagi bagus..daftar utk buka SSM bagi enterprise baru RM 70 Ringgit
      2.Kawasan sekolah dan asrama tuan boleh hantar meminta kebenaran dengan guru besar sekolah tersebut dan disertakan dengan proposal..tuan boleh download contoh proposal secara percuma di dalam website ni http://www.rakanvending.com
      3.Warranty bagi sesebuah vending machine bergantung kepada pihak pembekal barangan vending machine yang tuan beli…kalau vending machine jenis baru biasa 1 tahun kalau refurbish 6 bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*